nuffnang

Rabu, 1 Februari 2012

ZAMAN DAH BERUBAH

Sesekali teringat masa alam kanak-kanak, dunia remaja. Seronok,suka tak kurang juga sedeh. Bila sesekali tak dengar kata emak atau membentak tak mahu dengar kata dan nasihat mak,umi akan dimarahi.Ada gak kena pukul tapi taklah sampai guna rotan.Tapi umi tak pernah lawan cakap mak,cukup dengan merajuk.Umi ni sebenarnya kuat merajuk sejak dari kecil. Mak kata kalau merajuk nombor 1,hahaha.

Pernah mak kata ''nanti kau tahulah macamana mak rasa nak besarkan anak''Tapi itu semua dah jadi kenangan terindah.Masa tak boleh diputar kembali.Arwah mak tak akan kembali bersama kami.Emak hanya ada 1,tiada 2 atau 3.

Sekarang anak-anak dah  dewasa.Yang sulong dah masuk U,yang bungsu sekolah menengah .Apa yang arwah mak kata dulu,kini umi dah mula merasai nya. Sikit banyak umi mula melalui nya.Perih dah sukarnya mendidik anak zaman sekarang tak sama macam zaman umi dulu.

Zaman dah berubah. Sukarnya mendidik anak untok berjalan dilandasan yang betul.Anak lelaki dan perempuan zaman sekarang penoh dengan pelbagai cabaran dan godaan.Sekarang dunia IT. Semuanya nak cepat dan mudah.
Umi bukan nak nafikan IT tak bagus.Memang banyak kebaikkan dari keburukan.Itupon kalau kita pandai menilainya.









Selasa, 31 Januari 2012

Selesai makan pagi ,aku dan suami duk kat kerusi luar,sambil tengok budak-budak anak jiran gi kesekolah. Seronok gok tengok macam-macam gelagat.Teringat masa anak-anak kami sekolah rendah dulu..Kalau pagi masing-masing nak cepat. Macam-macam kerenah,suka ada lucu ada tak kurang juga yang sedeh.Leni takdok doh.Besor belaka doh.Kakak hok sulung tahun akhir kat UMT.Kak Ngah tunggu STPM.Hok duk asrama yang nombor 3 tingkatan 5 dan bungsu tingkatan 2.

Tiba2 dengar bunyi telefon tanda mesej masok. Hu hu dalam hati awalnya celcom wat kerja.Bila baca mesej je, terkejut, dari jiran sebelah(...semalam ada pencuri masuk kawasan rumah saya...)

Aku gan suami pon gilah rumah jiran hok beberapa meter dari rumah kami untok bertanya khabar...

Baiklah ni nak ceritakan sikit tentang jiranku.Ada hubungan keluarga dengan suamiku. Si isteri suri rumah sepenoh masa dan suaminya ada jawatan tinggi dalam syarikat industri di Kemaman.Anak ada 3.Malam dalam pukul 12 gitu suami baru balik dari pekan berhampiran.Tetiba ketuk tinggkap  bilik tidur ,mintak lampu suloh dengan isteri nya. Kemudian si isterinya terdengar bunyi bising diluar.Keluar untok melihat apa yang berlaku....nampak suaminya sedang  bercakap dengan sesaorang.
Barulah isterinya tahu ada orang nak masuk kerumah.Mungkin si penceroboh tu sangka  tiada orang didalam rumah.(kerana dua buah kereta tiada,hanya viva isteri je yang ada) Rupa rupanya ada orang nak mencuri,tapi tertangkap kerana tak sempat nak larikan diri.

Kalau tak ingatkan ada hubungan keluarga mungkin budak tu dah dihantar kebalai polis.Atau sekurang kurang nya kena penampar...Inilah yang dikatakan nak ditelan pahit nak dibuang sayang.Jadi serbasalah. Sudahnya dilepaskan dengan amaran demi menjaga banyak hati dan perasaan orang lain juga ahli keluarga.

Inilah dunia sekarang.Budak-budak leni tak tahu nak jaga perasaan orang tua.Orang tua pulak hok kena fikirkan apa yang perlu dan jugak terpaksa makan hati. Kebanyakkannya orang tua kena hormati  orang muda.
 Kecurian tak kira dibandar atau kampong sama sahaja.Kekadang pencuri mengambil sesuatu didepan orang ramai,tanpa rasa bersalah atau malu.Itulah realitinya....Jadi kita kena hati hati.


Khamis, 15 Disember 2011

Baru nak mula......

Assalamualikum.
Lama tak mencatit sesuatu.Kekadang tak tau nak tulis apa2.Boleh dikatakan hari2 duk buka FB. Buka blog hok orang lain.Bila sampai hok sendiri..Kata hati biar ah dulu.Duk biar dulu dah berbulan berhabuk dan bersawang.
 Rasanya dah mula teringin nak menulis semula..Sempena sambut tahun baru..Kalau takboh macam2 dalih..macam2 alasan.Apapon kalu ada yang tak kena/tak betul silalah komen..

Isnin, 1 Ogos 2011

MENU MUDAH DAN SIMPLE AJE - 1 RAMADAN

Ikan singgang terengganu + bendi
Jemput pisang

Ikan kerisi goreng


Ikan celup tepong

sambal tempoyak gan ulam raja


Air bandung

Tak ketinggalan buah kurma

Juga pengat durian permintaan suami tersayang

Ahad, 31 Julai 2011

SAHUR SAHUR

MENU SAHUR 1 RAMADHAN
1 - NASI GORENG KAMPONG +
    TELUR MATA KERBAU+ULAM
2 -  SOSEJ
3 - AIR MILO PANAS/KOPI GENSENG       PANAS


































ESOK PUASA

Bila tiba bulan puasa ada yang suka,ada yang duka ada yang ceria dan macam macam.Semuanya bercampur jadi lumrah kehidupan..Yang sibuk sekali yang bergelar mak, ibu,mama atau apa pun orang pempuan. Kalau cuba tengok kat dapor atau pasar. Tak kiralah pasar ramadan ke pasar ikan ke, pasar raya ke pasar minggu ke...........Apa apa pon SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA BUAT SEMUA UMAT ISLAM WALAU DIMANA ANDA BERADA.