nuffnang

Rabu, 1 Februari 2012

ZAMAN DAH BERUBAH

Sesekali teringat masa alam kanak-kanak, dunia remaja. Seronok,suka tak kurang juga sedeh. Bila sesekali tak dengar kata emak atau membentak tak mahu dengar kata dan nasihat mak,umi akan dimarahi.Ada gak kena pukul tapi taklah sampai guna rotan.Tapi umi tak pernah lawan cakap mak,cukup dengan merajuk.Umi ni sebenarnya kuat merajuk sejak dari kecil. Mak kata kalau merajuk nombor 1,hahaha.

Pernah mak kata ''nanti kau tahulah macamana mak rasa nak besarkan anak''Tapi itu semua dah jadi kenangan terindah.Masa tak boleh diputar kembali.Arwah mak tak akan kembali bersama kami.Emak hanya ada 1,tiada 2 atau 3.

Sekarang anak-anak dah  dewasa.Yang sulong dah masuk U,yang bungsu sekolah menengah .Apa yang arwah mak kata dulu,kini umi dah mula merasai nya. Sikit banyak umi mula melalui nya.Perih dah sukarnya mendidik anak zaman sekarang tak sama macam zaman umi dulu.

Zaman dah berubah. Sukarnya mendidik anak untok berjalan dilandasan yang betul.Anak lelaki dan perempuan zaman sekarang penoh dengan pelbagai cabaran dan godaan.Sekarang dunia IT. Semuanya nak cepat dan mudah.
Umi bukan nak nafikan IT tak bagus.Memang banyak kebaikkan dari keburukan.Itupon kalau kita pandai menilainya.