nuffnang

Selasa, 31 Januari 2012

Selesai makan pagi ,aku dan suami duk kat kerusi luar,sambil tengok budak-budak anak jiran gi kesekolah. Seronok gok tengok macam-macam gelagat.Teringat masa anak-anak kami sekolah rendah dulu..Kalau pagi masing-masing nak cepat. Macam-macam kerenah,suka ada lucu ada tak kurang juga yang sedeh.Leni takdok doh.Besor belaka doh.Kakak hok sulung tahun akhir kat UMT.Kak Ngah tunggu STPM.Hok duk asrama yang nombor 3 tingkatan 5 dan bungsu tingkatan 2.

Tiba2 dengar bunyi telefon tanda mesej masok. Hu hu dalam hati awalnya celcom wat kerja.Bila baca mesej je, terkejut, dari jiran sebelah(...semalam ada pencuri masuk kawasan rumah saya...)

Aku gan suami pon gilah rumah jiran hok beberapa meter dari rumah kami untok bertanya khabar...

Baiklah ni nak ceritakan sikit tentang jiranku.Ada hubungan keluarga dengan suamiku. Si isteri suri rumah sepenoh masa dan suaminya ada jawatan tinggi dalam syarikat industri di Kemaman.Anak ada 3.Malam dalam pukul 12 gitu suami baru balik dari pekan berhampiran.Tetiba ketuk tinggkap  bilik tidur ,mintak lampu suloh dengan isteri nya. Kemudian si isterinya terdengar bunyi bising diluar.Keluar untok melihat apa yang berlaku....nampak suaminya sedang  bercakap dengan sesaorang.
Barulah isterinya tahu ada orang nak masuk kerumah.Mungkin si penceroboh tu sangka  tiada orang didalam rumah.(kerana dua buah kereta tiada,hanya viva isteri je yang ada) Rupa rupanya ada orang nak mencuri,tapi tertangkap kerana tak sempat nak larikan diri.

Kalau tak ingatkan ada hubungan keluarga mungkin budak tu dah dihantar kebalai polis.Atau sekurang kurang nya kena penampar...Inilah yang dikatakan nak ditelan pahit nak dibuang sayang.Jadi serbasalah. Sudahnya dilepaskan dengan amaran demi menjaga banyak hati dan perasaan orang lain juga ahli keluarga.

Inilah dunia sekarang.Budak-budak leni tak tahu nak jaga perasaan orang tua.Orang tua pulak hok kena fikirkan apa yang perlu dan jugak terpaksa makan hati. Kebanyakkannya orang tua kena hormati  orang muda.
 Kecurian tak kira dibandar atau kampong sama sahaja.Kekadang pencuri mengambil sesuatu didepan orang ramai,tanpa rasa bersalah atau malu.Itulah realitinya....Jadi kita kena hati hati.